
Tapi, yang peliknya, tiap kali harga getah naik, ada saja masalah yang timbul. Biasanya harga getah ne naik semasa tempoh 'magalang' iaitu tempoh dimana susu getah susut. Ianya ditambah dengan musim hujan yang sering melanda hujung tahun. Lepas tu, bila awal tahun dalam tempoh magalang ne, kemarau yang berpanjangan menambah kepada kepanasan yang menjejaskan isipadu susu getah.
Walaupun begitu, kerja menoreh getah yang sering dipandang rendah ini kini mampu membuka minda dan mata orang-orang yang bekerja makan gaji. Jadi, marilah kita usahakan ladang getah kita. Jangan biarkan ia menjadi hutan belantara semata-mata...hehe,.
No comments:
Post a Comment