2 of 6 The Tagal's Dancers: Afay & Achel
me(centre) wif my fwens, Libo(black) & Schneider (oranje)....
Biarpun hujan lebat seperti sambutan ka'amatan peringkat Zon Pertanian, kerancakan perjalanan ka'amatan tetap berjalan lancar dan dihangatkan dengan gandingan emcee berpengalaman En. Dennis John, En. Paulus John, En. Jerry Dumpil, En. Paul Masabal dan wakil belia yang cukup 'hot' dengan lawak jenaka spontannya, En. Nestor Gupok. Tidak kering gusilah time ne. Rakan-rakan KBP, The Tagal's Dancers: Qumbilaq, Davey, Lalosz, Achel, Lc dan Afay turut mempersembahkan tarian sumazau dengan iringan paluan gong dari rakan-rakan belia KBP. Puan Inip turut mempersembahkan cara bermain alat muzik tradisional, tongkungon.
Acara petang dimulakan dengan Pertandingan Membaca Dalam Bahasa Kadazandusun oleh 5 finalis. Sangat menarik apabila melihat kanak-kanak 5-12 tahun bercakap dalam bahasa ibunda Kadus. Selepas itu, acara kemuncak ialah Pertandingan Sugandoi Kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bakat-bakat 8 finalis yang berentap cukup terserlah dan kelunakan suara mereka cukup membuatkan para hadirin histeria. Macam konsert la pula..hahaha,..anyway, acara-acara seperti seharusnya dimasuk-wajibkan dalam setiap perayaan ka'amatan supaya bahasa kita tidak hilang umpama kata orang tua, 'atagak nopo boros, atagak oh tinaru'.
Dalam pada itu, dalam ucapan KK John Molinggun, beliau cukup menekan dan menegaskan mengenai hukum adat isitiadat yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Satu pesanan yang ringkas tapi cukup bererti dan bermakna untuk didalami oleh generasi muda.
No comments:
Post a Comment