Tuesday, June 8, 2010
NO PLASTIC DAY!!
Akhirnya lepas pi Seminar On Plastic Bag di Promenade Hotel pada akhir bulan November 2009, Kerajaan Sabah akhirnya mengisytiharkan Hari Isnin Tanpa Plastik di Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya secara berperingkat-peringkat. Sememangnya sudah tiba masanya pelaksanaan kempen ini memandangkan kebanyakkan sampah sarap yang dibuang adalah plastik. Lihat sahaja Sungai Sembulan, sampah-sarap banyak terapung. Di depan Taman Ujana Tropika juga ada penyekat sampah-sarap. Jika dilihat, semua sampah ini merupakan plastik. Ianya merbahaya kepada hidupan akuatik kerana semua sistem perparitan di Bandaraya KK dan sekitarnya akan mengalir terus ke Laut China Selatan. Punca banjir kilat di sekitar bandaraya juga disumbangkan oleh plastik yang 'menyumbatkan diri mereka' di parit dan pembetung. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Ia berbalik kepada diri kita juga. Sampah sarap di Sg. Sembulan contohnya, orang ramai mengatakan penduduk disana yang membuang sampah sarap tersebut. Hakikatnya, mengikut kajian yang dilakukan oleh NGO dan diumumkan semasa Seminar On Plastic Bag, penduduk Luyang merupakan penyumbang utama kepada masalah ini. Saya setuju kerana anda boleh melihat di parit dekat dengan jambatan berhampiran bekas Stesen Minyak Esso dan simpang ke Luyang, sampah-sarap kelihatan terapung di permukaan air. Maka, kepada semua rakyat Sabah, terutama generasi muda, sokonglah Kempen Hari Isnin Tanpa Plastik seperti mana yang telah dilakukan oleh Pulau Pinang dan Singapura. Saya sendiri apabila join kawan-kawan shopping, saya lebih suka menggunakan beg sendiri dan akan list-up barang yang mo dibeli supaya boleh menyediakan beg yang sesuai. Tapi, ia tidak bermakna plastik akan tidak digunakan kerana dalam bidang perubatan, bahan-bahan plastik banyak digunakan. So, think bout it..he,..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment