Wednesday, May 26, 2010

TAGAL BUAYA




Tagal, pa yang korang paham pasal tagal ne? Tagal dalam malay, bombon merupakan sistem dimana semua hidupan dalam sungai yang diwartakan sebagai tagal dilarang untuk diambil. Biasanya tagal ne berkaitan dengan tagal ikan seperti kebanyakan sungai di Sabah. Dalam kawasan Zon Pertanian Moyog, hampir keseluruhan sungai Moyog ditagal. Namun, pena korang dingar tagal hutan? Ada juga ne di kawasan pelancongan Poropok, Kg. Kibunut. Sejak kawasan pelancongan ini dibuka, hutan di sekitarnya adalah ditagal dimana binatang-binatang serta hidupan lain dalam hutan dilarang untuk diburu. Tapi, pernah korang dingar tagal buaya? Pelikkan? Hakikatnya, inilah realiti di Sukau. Orang kampung dilarang membunuh buaya yang ada di sungai. Difahamkan bahawa penduduk di Sukau menghormati buaya ini. Info ini sya dapat dari Mr. Azman semasa Pertemuan Budaya Peringkat Negeri Sabah ke-16 di Kg. Alutok, Ulu Tomani. Inilah realitas kehidupan kita, Penampang tagal ikan dan hidupan dalam hutan, di Sukau ada tagal buaya. Satu langkah yang baik kerana pemburuan buaya untuk kulitnya semakin berleluasa sakang ne.

1 comment: