Friday, April 16, 2010

TIADA KESEDARAN SIVIK?

4 bulan selepas program Rakan Muda Desa Wawasan di Kg. Babagon dan Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar 2009 di kawasan Ulu Moyog berlalu seiring dengan peredaran masa. Namun begitu, jika kita lihat di belakang perhentian bas Kg. Babagon, berdepan padang umum, longgokkan sampah-sarap terutamanya bekas air mineral yang digunakan pada awal bulan Disember 2009 sempena pertandingan bolasepak tertutup Kg. Babagon masih berselerakkan. Situasi ini menyebabkan 'eyesore' kepada mereka yang melawat Klinik Desa Babagon. Persoalannya, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Pendapat saya, AJK Rakan Muda Desa Wawasan harus dipersalahkan. Belia Ulu Moyong sudah membersihkan kawasan ini 2 minggu awal sebelum penutupan program Rakan Muda melalui Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar ke-10 di Kg. Babagon. Jadi, bila mo bertindak mo pungut sampah ne?

No comments:

Post a Comment