Salam Sejahtera..... Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dalam Community Independent Journalism. BERITA GEMBIRA !!!! Untuk para peserta yang telah menyertai atau menghadiri BENGKEL / LATIHAN MEDIA yang telah di anjurkan di 3 buah kawasan utama iaitu PENAMPANG, SANDAKAN & TAWAU.
Semua peserta berpeluang dan WAJIB untuk menyertai Pertandingan Penulisan Berita / Rencana / Cerita yang berkaitan dengan isu Orang Asal di tempat masing-masing.
Pertandingan ini di anjurkan oleh Community Independent Journalism (CIJ) Kuala Lumpur dengan kerjasama Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
TEMPOH PENULISAN
Bermula : 15 April 2010 - 10 Mei 2010 (25 hari)
Tarikh Penghantaran Hasil Penulisan : 10 Mei 2010 - 15 Mei 2010
TARIKH TUTUP PENERIMAAN HASIL PENULISAN : 15 Mei 2010 sebelum jam 4.00 petang
TERDAPAT 4 KATEGORI KHAS:
1. Berita mengenai Masyarakat Orang Asal
2. Rencana / Cerita Rakyat
3. Berita tentang Isu Belia Orang Asal
4. Rencana tentang Masalah Alam Sekitar dan Infrastruktur
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1. Peserta mestilah yang telah mengikuti Latihan / Bengkel Penulisan & Bengkel Media (Blog & Website) anjuran CIJ
2. Setiap peserta di galakan menulis dan menghantar untuk semua kategori
3. Setiap peserta boleh menulis dan menghantar lebih dari satu artikel untuk satu kategori
4. Saiz font 12 (Times New Roman atau Arial) dengan spacing 1.5
OBJEKTIF / TUJUAN PERTANDINGAN:
1. Menggalakkan para peserta terus menulis mengenai dengan isu-isu yang berlaku di kawasan / kampung mereka
2. Melatih para peserta untuk sentiasa peka terhadap perubahan dan keadaan sekeliling kawasan mereka
3. Melibatkan diri dalam isu-isu Orang Asal dan membantu masyarakat tempatan dalam menangani isu-isu mereka.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Sila berhubung dengan : En. Sevan - 016 9708370 atau Pn. Christina - 016 8055815
Berjuang untuk Kebebasan Media di Malaysia!!
Christina David
Organiser Committee
for Community Independent Journalism
016 8055815 / 088 726413
No comments:
Post a Comment