Friday, April 16, 2010

MERIAHNYA BPL FANS TAMPASAK...



Dari pengamatan mata kasar sya yang masih okay ne, rata-rata orang di kawasan Ulu Moyog meminati pasukan Manchester United atau bahasa konklusinya majoriti menyokong kelab gergasi England, Manchester United FC berbanding Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Ambil Kg. Babagon sebagai contoh, majoriti memilih Manchester United FC. Manakala bilangan fans untuk Liverpool, Chelsea dan Arsenal boleh dikiran menggunakan jari.


Senario di Kg. Tampasak berbeza, kampung kami mempunyai variasi penyokong kelab-kelab Barclays Premier League. Walaupun majoriti kami memilih Manchester United juga, terdapat juga penyokong Liverpool, Chelsea dan Arsenal malah Tottenham Hotspur, Everton dan Aston Villa juga ada. Situasi ini memeriahkan musim BPL di kampung kami. Ironinya, bila pasukan gergasi bertemu sesama sendiri, para penyokong tempat di kampung kami akan menonton bersama-sama, malah minum dan memakan 'pusas' bersama-sama. Ejekan dan sindiran sentiasa ada. Namun, bagi kami ianya seperti budaya kami. Masing-masing menyokong kelab kesayangan namun persahabatan adalah lebih penting.


Dalam diam, situasi ini sebenarnya mengeratkan hubungan persahabatan antara semua penduduk yang meminati Liga England ini. Ia umpama adik-beradik besar yang menonton perlawanan di rumah dan bergurau antara satu sama lain. Namun harus diingat, siapa yang tidak tahan hati atau panas baran baik diamkan diri sahaja. Jika tidak, sesuatu pasti berlaku biarpun setakat ini tiada perkara yang buruk atau hampir buruk berlaku.


Kesimpulannya, walau apa pun terjadi dalam BPL bukan kita yang menentukan nasibnya atau senang cakap bukan kita yang bermain, maka jangan bertindak di luar batasan dalam memberi sokongan kepada kelab BPL kesayangan kita masing-masing. Jaga perasaan kawan-kawan kita juga. Jangan asyik 'gunned down' orang ja, nanti bila orang pulaukan kita, kita terasa 'walk alone' dan hidup dalam 'blues' dan ketika itulah kita terasa kita bukannya 'the great red devil' tapi hanya seorang 'villain'...hehehe,..

No comments:

Post a Comment