Ba ndak lama lagi masuk bulan 3 uda. Bangunan yang panjang di bandar Donggongon yang urang panggil Megalong akan dibuka untuk bisnes uda. Yang sya tau, ado banyak kadai yang akan dibuka di Megalong. Antaranya ialah Giants, Marry's Brown, KFC, Pizza Hut, Grace One, dan macam-macam lagi la. Yang pasti, satu cinema atau panggung wayang akan dibuka.
Kini, urang dalam daerah Penampang tidak payah pi KK city lagi. Donggongon pun setaraf ngan KK uda ba. Generasi muda akan datang sudah pasti tidak kanal Centre Point, Suria Capital, 1 Borneo atau KK Times Square mahupun Wawasan Plaza serta KK Plaza sepertimana yang diagung-agungkan oleh generasi masa kini.
Banyak urang cakap Megalong akan membawa impak serius keruntuhan moral dan akhlak di kawasan Penampang. Namun, bagi sya operasi Megalong sebenarnya tidak mempengaruhi hidup seseorang belia. Cuba lihat pada +ve side yang dibawa oleh Megalong, belia kita akan mendapat peluang keja malah kegiatan perniagaan akan bertambah maju.
Pasal -ve side tu, sebenarnya ia datang dari diri kita sendri bei...cuba fikir balik, Megalong hanya sebuah bangunan panjang yang mempunyai kedai-kedai di dalamnya. Ia tidak mampu mempengaruhi diri kita, tetapi kita yang harus mengawal hawa nafsu kita kerana hanya diri kita mampu mengubahnya. Fikir-fikirlah kio ompinai...he,
No comments:
Post a Comment