Pada 24hb November 2009, 10 orang rakan belia Ulu Moyog; Bibiran, GiLLie, Mellaty, Ovinkodou, Balan, Liboe, Mimie, Afay, Achell, dan LC telah mewakili belia daerah Penampang ke Seminar On Plastic Bags and The Environment di Promenade Hotel. Lebih 300 peserta dari seluruh negeri Sabah memenuhi ruang Rafflesia II Ballroom.
Seminar ini dirasmikan oleh Y.B. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah. Beliau yang juga merupakan pengerusi Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah menegaskan agar semua komuniti menggunakan hasil alam yang diberikan kepada kita daripada kita merosakkan alam sekitar.
Seminar ini merupakan anjuran bersama Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. Dalam seminar ini semua peserta diberi beg fabric berwarna hijau dengan ayat “SAY NO TO PLASTIC BAGS’ tertera. Semasa menghadiri seminar ini, kami berpeluang mendaftar menjadi ahli City Friends.
Perkara yang menarik semasa seminar ini ialah apabila Datuk Masidi mengetuai bacaan ikrar iaitu : ENVIRONMENTAL PLEDGE: I hereby pledge that as of today that EVERY TIME I shop, I will use the Ec-Bag as a manifestation of my care to our environment. Barisan penceramah yang memberi perkongsian juga cukup baik seperti Dr. Piakong Mohd. Tuah (Universiti Malaysia Sabah), Puan Hatijah Hashim (Consumer Association of Penang), Dr. Zorina Khalid (Duchess of Kent Hospital), Ms. Esther Tan (Singapore Environment Council), Prof. Datuk Dr. Chua Kim Heng ( UiTM/DBKK), En. Ahmad Khairuddin Sha’aban (Malaysiaan Plastic Forum), Mr. Yeo Boon Hai (DBKK), Dato’ Ir Dr. A. Bakar. Jaafar (Enviro-Lift Services) dan Mr. Wong Yun Sang (Menteri kerajaan tempatan dan perumahan).
Kami juga berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada wartawan alam sekitar TV3, Karam Singh Walia mengenai alam sekitar. Kesimpulannya, diharap seminar ini dapat membawa kepada perubahan sikap komuniti mengenai kesedaran alam sekitar. Maka, marilah kita bersama-sama mengubah sikap kita untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian kita. Bermula sekarang sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment