Belia-belia Ulu Moyog sekali lagi menghadapi masa-masa yang cukup padat dari 30 November hingga 06 Disember lepas. Dengan persiapan untuk penutupan kempen, persembahan untuk Majlis Makan Keluarga selepas Pentahbisan Deacon Matheus, dan terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan untuk membaiki Chapel Sts. Peter & Paul, nyata kepadatan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakan-rakan belia ini.
Latihan koir dan tarian untuk persembahan semasa Majlis Makan Keluarga selepas Pentahbisan Deacon Matheus pada 05 Disember diadakan 2 kali di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dan sekali di Dewan Komuniti Moyog. Seramai 50 orang belia terlibat dari 9 buah kampung di Ulu Moyog.
Selain itu, belia-belia ini juga harus berlatih untuk persembahan kampung masing-masing bagi Majlis Penutupan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar pada 06 Disember. Bagi mereka yang bersengkang mata untuk persiapan penutupan kempen, tahniah dan syabas kepada komitmen anda. Tidak semua orang mampu bekerja dari jam 9 pagi hingga 12 malam tanpa rehat.
Beberapa rakan belia juga terlibat dalam kerja-kerja membaik pulih gereja Sts. Peter & Paul, Babagon. Antara kerja yang mereka lakukan ialah mengecat beratus-ratus plywood dan membersihkan kawasan gereja. Lebih banyak kerja untuk membaik gereja ini dan diharap lebih ramai sukarelawan yang datang membantu.
No comments:
Post a Comment