Thursday, November 5, 2009

KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR 2009

HATOB : Seramai 73 orang belia telah menjayakan program KBP kali ke-7 di Kg. Moyog pada 31hb Oktober 2009 bertempat di dewan komuniti Kg. Moyog.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan kampung, surprise-games, lawatan ke Pusat Pelancongan Mogkusilad, persembahan tarian dan beberapa lagi aktiviti yang menyeronokkan. Buat kali pertama dalam 7 kempen, Sr. Rita menyampaikan lagu ‘Sampai Memutih Rambutku’ dan ternyata suara merdu beliau berjaya memukau belia yang hadir pada program ini.

Dari segi penyertaan, kehadiran belia tidak mencapai tahap memuaskan buat kali kedua selepas program di Kg. Rugading. Ini disebabkan ia diadakan pada hari sabtu, tidak seperti pada kebiasaannya pada hari Ahad. Namun, penganjuran di Kg. Moyog mendapat kredit tertinggi setakat ini dengan semua peserta berpuas-hati dengan program yang disusun. Syabas kepada AJK Pelaksana Kg. Moyog.

No comments:

Post a Comment