Saturday, October 31, 2009

BANTAH PEMBINAAN EMPANGAN KAIDUAN

Sejak akhir-akhir ne, kita dapat baca di newspaper pasal gov kita mo buat empangan di Sg. Papar. Mula-mula dorang cakap mo buat di salah satu cabang sungai Papar, tapi tiba-tiba pula mo buat di sungai utama. Alasan yang tidak masuk akal ialah tiada penghuni di hulu sungai tersebut. Jika kawasan hulu tidak berpenghuni, apakah reason Tan Sri Dompok pigi di Kg. Buayan pada bulan Julai lepas untuk rasmi mikro-hidro di kampung tu? Takkan le gov kita yang penuh dengan orang-orang politikus ne tao tindas rakyat je. Tidak cukupkah penderitaan orang Penampang di Kg Tampasak dulu time Empangan Babagon dibuat? Mana uda slogan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan? Kenapa Penampang mendapat musibah kali kedua ini? Kami, rakan-rakan belia dari kawasan Ulu Moyog akan menyokong usaha PACOS Trust membantu rakan-rakan kami di Ulu Papar menentang pembinaan empangan ini....DAM RIVER,DAMN COMMUNITY!!

No comments:

Post a Comment