Thursday, September 10, 2009

KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. RUGADING, PENAMPANG…

RUMANGI: Seramai 96 belia dari seluruh Zon 1 Babagon & Zon 13 Moyog telah menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Rugading pada 06 September 2009.Kempen yang diadakan kali keempat selepas pelancaran kempen di Kg. Madsiang pada bulan Julai lepas ini bertujuan untuk menyahut tema kempen ini iaitu Bersihkan Bumi, Pulihkan Bumi dan Hijaukan Bumi Kita!!
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan kampung di sepanjang jalan Rumangi Siba, Rumangi Sampaping dan Rumangi Sawat. Sesi taklimat kesedaran mengenai alam sekitar juga diadakan dan disampaikan oleh Sister Rita Prisca. Penanaman kayu asli yang dibiayai oleh Jabatan Pertanian Daerah Penampang juga berjaya dilaksanakan apabila 15 pokok acob-acom berjaya ditanam di 3 zon dalam Kg. Rugading.
Kempen di Kg. Rugading ini sepatutnya diadakan pada 23 Ogos 2009 tetapi telah ditunda bagi memberi laluan kepada Penampang Youth Day Pertama di St. Theresa, Inobong. Beberapa aktiviti juga dijalankan seperti passing-parcel dan AJK Pelaksana KG. Rugading juga menyediakan elemen kejutan dengan meraikan rakan-rakan belia yang lahir pada bulan September dengan cocktail-cake.
Namun, beberapa kekurangan dalam kempen ini. Kempen ini merupakan kali kedua Kempen Anti-Plastik ‘dilupakan’. Persoalannya, siapa yang harus bertanggungjawab, AJK Pelaksana atau KBP Induk? Sama-sama kita fikirkan. Sesi maklumbalas juga tidak dijalankan dalam kempen ini. Penurunan bilangan belia yang hadir juga cukup membuatkan KBP Induk dalam keadaan kurang selesa. Apakah langkah yang wajar diambil bagi menarik semula belia untuk datang menyokong kempen ini?
Program ini akan menyusul ke Kg. Kibunut selaku tuan rumah kelima bagi kempen ini yang akan diadakan pada 13 September 2009. Program ini bermula pada bulan Julai dan dijangka berakhir pada bulan November ini.

1 comment:

  1. salah satu sebab knpa x diadakan aktiviti mngumpul plastik n sesi mklum balas ialah kesuntukan masa sebab belia2 terpaksa balik awl gara2 knderaan masing2 sda smpai..oleh itu,dlm post mortem nnti,mslh pnggunaan masa ini harus disuarakan n sama2 kita cari pnyelesaiannya..ok!!

    ReplyDelete