" Syabas kepada anda generasi muda kerana berjaya menganjurkan kempen ini. Ini sangat baik untuk membolehkan semua belia sedar akan kepentingan alam sekitar. Ingatlah kita hanya tetamu di muka bumi ini,jagalah warisan dan ciptaan-Nya. Generasi akan datang juga ingin menghirup udara segar. Sama-sama kita jaga dunia kita", pesan ketua kampung Kipouvo dalam ucapan ringkas beliau.
Program diakhiri dengan penyerahan banner oleh Ketua KBP Kipouvo, En. Aloysius Thomas kepada wakil peserta Kg. Rugading, En. Rofrino Engkim. Kg. Rugading akan menjadi tuan rumah ke-4 program ini pada 23 Ogos 2009.
No comments:
Post a Comment