Tuesday, July 21, 2009

Perubahan Iklim Di Tahap Kritikal


Elow,kawan-kawan..korang tau ka perubahan iklim global semakin meruncing dan kini suda ditahap yang kritikal. Antara akibat yang akan berlaku dengan peningkatan suhu adalah peningkatan intensiti ribut taufan yang mana boleh meningkat 2-3 kali ganda dalam masa beberapa dekad ini. Lautan yang semakin panas membolehkan ribut tropikal menambah tenaga dan menjadi lebih kuat. Namun begitu, di sesetengah kawasan yang tidak dilanda banjir teruk akan menghadapi kemarau dan kepanasan melampau yang akan menyebabkan kawasan belukar dan hutan mati, menjadi kering dan mudah mencetuskan kebakaran hutan macam yang kita nampak di sana Australia. Bagi kawasan yang rendah, peningkatan aras laut akan menjadi ancaman kepada kehidupan seharian seperti mana yang akan berlaku pada negara dibawah aras laut seperti Holland.

Kita sebagai makhluk bumi yang berada pada hierarki tertinggi di antara makhluk ciptaan Tuhan harus berfikir bagaimana kita dapat membantu mengurangkan pencemaran. Fikirkanlah bahawa planet ini bukan milik atau nenek moyong kita tapi kita hanya meminjam daripada penciptanya atau lebih mudah mo cakap yang kita ne hanya sebagai tetamu dipermukaan planet ini. Renungkanlah artikel yang tidak seberapa ini...love.peace.harmony..

2 comments: