Wednesday, July 22, 2009

Pembangunan & alam sekitar...

Dalam keghairahan mengejar kemajuan, sebahagian daripada kita terleka dalam mengimbangi antara pembangunan dan alam sekitar. Rentetan daripada sikap manusia, kita dapat melihat bukit-bukau semakin gondol seperti kepala bekas penjaga gol Manchester United, Fabien Barthez., khazanah alam ditarah, ditebang dan dikikis. Keindahan topografi Sabah pasti tidak sempat dinikmati oleh generasi akan datang lantaran ditenggelami oleh arus pembangunan yang tidak mengenai sempadan.
Housing area merupakan suatu agenda penting yang tidak dapat dinafikan. Rumah merupakan keperluan asas manusia. Manifestasi daripada itu, kawasan sawah padi seperti kebanyakkan kawasan dalam daerah Penampang ditimbus, paya bakau disepanjang Sepanggar ditambak, lereng-lereng bukit seperti di Tuaran ditarah semata-mata untuk tujuan itu. Adakah ia sesuatu yang layak dipanggil pengorbanan?
System jaringan lebuhraya di Malaysia adalah antara terbaik di rantau Asia Tenggara. Namun kewujudannya menagih pengorbanan alam yang bukan kepalang. Hutan-hutan yang digunakan untuk membina jalan raya ini telah mengakibatkan kemusnahan alam flora dan fauna. Kita mengakui bahawa kemajuan negara tidak akan berjaya tanpa pengorbanan alam, tetapi biarlah ia terkawal dan diminimakan.
Perkembangan ekonomi yang melanda negara ini kita belakangan ini banyak berpaksi kepada perindustrian. Malangnnya perindustrian jugalah yang mengakibatkan kerosakan alam sekitar seperti yang berlaku di Kota Kinabalu Industrial Park di Sepanggar. Ruang langit dipenuhi kepulan asap hitam, sungai digenangi dengan sisa toksik, bunyi yang membingitkan telinga dan bau yang menyesakkan nafas. Semua fenomena ini boleh diketahui dengan bertanya kepada pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang terletak betul-betul bersebelahan dengan KKIP dimana bau asap papan dan bau lading khinzir menjadi aroma yang tidak menyelesakan.
Sampai bilakah kita mampu hidup bergelumang dengan pencemaran? Secara tuntasnya, pembangunan tidak akan wujud tanpa input daripada alam sekitar. Tidak dapat tidak, kemajuan dunia berakar umbikan alam sekitar. Oleh itu, sikap rakus dan tamak haloba ini harus dibasmi-pupuskan hingga ke akar umbi. Melalui penguatkuasaan undang-undang dan penyemaian kefahaman, selamatkan dunia agar tidak tercemar. Janganlah kerana inginkan pembangunan semata-mata, alam sekitar menjadi mangsa noda perasaan rakus kita. Ingat peasn ini,jangan biarkan generasi akan datang ingat kita bukan kerana teknologi yang dicipta tapi kerosakkan dan kemusnahan yang kita lakukan. Ingatlah juga bahawa tempat kita sekarang hanya dipinjamkan kepda kita dan akan dikembalikan kepada pemilik suatu masa nanti. Berbudilah pada tanah, sebelum tanah membahasakan kita…

No comments:

Post a Comment