Thursday, July 30, 2009
Kemusnahan paya bakau…
Arus pemodenan semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Malaysia juga kini bukan negara ketiga, tapi setanding dengan negara-negara maju. Pembangunan mapan begitu pesat sehinggakan tidak cukup dengan meratah-gondolkan bukit-bukau, pinggir-pinggir laut ditebusguna untuk tujuan pembangunan. Kemusnahan alam semakin meruncing dan ia merupakan beban yang perlu kita pikul bersama. Mengapa kita perlu menebusguna pinggir pantai sehinggakan memusnahkan hutan paya bakau. Para jurutera tahu akan ketidaksesuaian pembinaan sebarang infrastruktur pada tanah tebus, namun kerana wang ringgit yang berjaya mengaburi pandangan kecil mereka, maka generasi akan datang tidak akan tahu apa itu hutan paya bakau. Kita tahu bahawa hutan paya bakau membantu menyerap pelepasan gas karbon dioksida dan mengitar-semulanya kepada gas oksigen yang kita perlukan,tapi kini kita umpama pepatah kura-kura dalam perahu,sudah tahu buat tak tahu dengan hal ini. Kenapa kita yang mempunyai akal gagal menggunakannya dengan baik, sebaliknya bertambah bodoh setiap saat. Satu hari nanti, tanpa pokok bakau ini, dengan kadar gas karbon dioksida yang tinggi disebabkan hutan kita yang gagal menampungnya, kita pasti berbangga dengan berjalan memakai topeng gas kemana jua seperti Power Rangers!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment