Monday, May 9, 2016

EL NINO & KEBAKARAN HUTAN

Bermula dari bulan Januari tahun ini, cuaca panas dan kering akibat kemarau telah menyebabkan kebakaran hutan pada tahap kritikal di seluruh negara Sabah. Paling teruk terjejas ialah daerah Beaufort apabila kawasan HS Binsulok yang merupakan hutan paya gambut terbakar dan ianya berlanjutan sehingga 3 bulan sebelum ianya terkawal dengan kerjasama kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah dari  seluruh Sabah dan Jabatan Bomba & Penyelamat Sabah.

Di kawasan lain yang turut terjejas ialah kawasan sekitar Sook-Nabawan yang mana kebakaran hutan jelas kelihatan di sepanjang jalan. Selain itu turut dilaporkan mengalami kebakaran hutan ialah di kawasan HS Mangkawagu Tongod & HS Trus Madi. Beberapa kawasan lain juga ada berlaku kebakaran tapi pada skala kecil dan terkawal.

Hujan yang mula turun pada awal bulan Mei sedikit sebanyak membantu mengawal dan meredakan kebakaran hutan di Sabah ini.

No comments:

Post a Comment