Wednesday, April 9, 2014

TRIP TO KOTA MARUDU

Last2 setelah lama indak injak bumi Goshen, pada 29.03.2014 yang lepas sy dan kawan2 menuju ke Kota Marudu...1st time drive sendri, slama ne tumpang kawan seja...sepanjang perjalanan, kami cuma berhenti sekali iaitu di Pusat Perhentian Hutan Simpan Ulu Kukut...itu pun sebab saya rasa lapar sebab teda breakfast awal pagi, baru kawan yang ikut ada lesen memandu tapi indak mo ganti...ayam mati kaboh...haha...

Kami tiba di Langkon, pekan lama Kota Marudu sebelum kemunculan Goshen dan Bandau sekitar jam 12pm. Meneruskan perjalanan ke Goshen, sana bru la lunch ramai2 sama geng karas...sedap juga makanan sna cuma saya rasa cuaca sna sangat sangat sangat panas, mcam berdiri di tepi pantai...lepas lunch, kami round2 pekan Goshen sebelum menuju ke Bandau yang terletak berhampiran...

Destinasi seterusnya, Tasik Buyut, tasik semula jadi milik Jabatan Perikanan Sabah. Di sini, pihak Jabatan Perikanan menjalankan penternakan ikan dalam sangkar. Antara ikan yang di ternak ialah patin albino, keli, tilapia dan ikan puyuh serta beberapa spesies ikan air tawar yang lain.

Difahamkan sejarah tasik ini juga bermula dengan kisah tanah jerlus atau ‘kinobunsuton’ dalam bahasa dusun, lalu membentuk kawah besar. Difahamkan tasik ini tidak pernah kering namun air akan susut sedikit semasa musim kemarau.

Kami meluangkan masa selama 1 jam lebih di kawasan tersebut sebelum balik ke pekan Goshen untuk membeli sedikit makanan buat bekalan malam ke Kudat. Kami sempat berjalan-jalan di pasar malam untuk membeli makanan. Makanan yang ada sangat terhad dan bagi saya harganya dengan kuantiti indak berpatutan...apa buli buat la kan...tempat orang, ikut rentak seja...kami meninggalkan Kota Marudu pada jam 5pm menuju ke Kudat.

No comments:

Post a Comment