Thursday, March 6, 2014

MINDUK SIRUNG 12KM

XPDC Minduk Sirung 1 telah diadakan di Banjaran Crocker Sub-stesen Mt. Alab. Seramai 20 peserta menyertai ekspidisi pertama ini. Keadaan sejuk dan cuaca mendung sepanjang hari sedikit sebanyak membantu para peserta. Jungle-trekking sejauh 12km ini sangat mencabar kemampuan fizikal dan mental, bentuk muka bumi yang tidak rata dengan laluan asli hutan sangat mencabar dan sukar. Namun, dari 20 peserta, hanya seorang yang gagal menamatkan ekspidisi ini. Peserta pertama berjaya sampai ke air terjun Mahua pada jam 4 petang dan yang terakhir pada jam 3 pagi. Bagi saya, penat dan cedera lutut merupakan cabaran paling sukar namun berkat sokongan rakan-rakan, kami semua berjaya sampai bersama-sama di air terjun Mahua.

Ini merupakan aktiviti kedua saya di daerah kelahiran bapa saya di Tambunan selepas berjaya menawan puncak Gunung Trus Madi pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment