Sunday, August 19, 2012

EMPANGAN BABAGON- PINTU TAMBAHAN


Ini bahagian spill-way atau limpahan air di Empangan Babagon. Pemandangan ini dapat kamurang lihat tym air susut pada musim kemarau. Pada musim hujan, paras air ini akan meningkat tinggi hingga ke paras tertinggi. Namun, bukan pasal air bha si urang mau sakap nie tapi tuuuuuna pintu hitam, dutch-door. Pintu tu diperbuat daripada besi dan dinaikkan dengan belon pemampat yang terletak di belakang pintu tersebut. Ironinya, penambahan pintu sepanjang 30meter yang berbentuk 'L' ini ndak termasuk dalam pengiraan sewaktu pembinaan bermula pada tahun 1990. Pintu ini ditambah pada tahun 2005 dan sangat merbahaya. Pernah sekali 3 pintu ini 'turun' secara tiba-tiba dan mengakibat huru-hara di daerah Penampang (info lanjut bengodomon.com). Kadang-kala, ianya membahayakan penduduk kampung terutamanya kaki pancing yang sering memancing di kawasan spill-way apabila air dilepaskan secara tiba-tiba. Beberapa tahun lepas, sistem penggera dipasang yang berfungsi apabila pelepasan air dijalankan. Namun, ada kelemahan pada sistem ini iaitu air dilepaskan namun penggera gagal berfungsi atau sebaliknya. Sya sendri pernah mengalami hal ini ketika pergi ke kebun. Ianya berlaku waktu pagi di hujung minggu. Ketika sya menyeberangi sungai, air kecil dan tenang saja tapi setelah sya sampai di seberang, bunyi kuat seperti guruh dan ketika itulah sya melihat air besar melintasi tempat sya menyeberang sebelum itu. Aunty sya juga pernah mengalami kes yang sama. Ketika balik dari kolam, dia dan anaknya sering menggunakan sungai sebagai jalan pintas. Ketika hampir tiba di rumah, di merasakan paras air sungai meningkat. Apabila dilihat di belakang, dia melihat air besar (lumpadang). Dicampakknya baldi berisi baja dan pantas dia menyambar anaknya ke tebing. Baldi dan seliparnya hanyut di bawa arus. Kedua-dua kejadian ini berlaku ketika cuaca baik, panas. Justru, pihak kejuruteraan yang berkenaan harus menilai semula penambahan ini. Mampukah 'dinding atau tembok' empangan ini menahan daya tambahan yang besar daripada kos pengiraan daya sedia ada? Atau pihak kerajaan mahu melihat seseorang terkorban dulu barulah sibuk memanggil wartawan untuk memberi keterangan yang menutup kesilapan mereka? Kita boleh fikirkan hal ini bersama.

1 comment:

  1. Hello tompinai.mau tanya ba.di kawasan empangan ni boleh memancing ka?

    ReplyDelete