Wednesday, February 22, 2012

SEMUANYA MANIS!!

Semuanya manis bah! Hmmmmm...Dorang bilang, " Masa jatuh cinta semuanya manis bah! Jalan bersama, pigi dating, makan bersama, tengok wayang bersama, pigi sembayang bersama, berpegang tangan, berkejar-kejar, pigi piknik..Atuukoi!!! Semuanya manis bah! Lepas tu kami bertunang, wah bertambah manis lagi hidup kami. Semuanya OK saja. Minta beli ini dan itu selalunya kena kasi. Dan selalu kena kasi belanja makan bah..Bila kami berkahwin, inilah saat yang paling manis sekali didalm hidup kami. Kemanisan hidup kami bertambah manis lagi apabila mendapat anak-anak. Aduh-aduh manis sekali hidup ini. Tapi, selepas anak-anak besar dan kami menjadi datuk & nenek kemanisan didalam hidup kami kian berkurangan dan akhirnya kering. Rasa-rasa macam mau bercerai pula. Tapi kami berfikir secara mendalam, kami sama-sama sudah tua buat apa bercerai. Bodoh! Bikin susah saja. Jadi, kami bertahan. Kini dihari-hari tua kami, dua-dua terkena pula penyakit kencing manis. Celaka betul! Tapi penyakit ini telah menyedarkan kami bahawa kami saling memerlukan sesama. Kerana kami harus menjaga dan memperhatikan keperluan sesama. Kami sedar betapa pentingnya mengembalikan kemanisan didalam hidup maka, kami pun mulalah lagi belajar bermanis-manis lagi dihari-hari tua kami. Yaa...Walaupun kami dua-dua ada kencing manis tetapi senyuman kami tetap manis. Hidup kami manis.Hidup kami happy bah! Kini kami dengan sabar menanti saat-saat yang paling manis sekali didalam hidup iaitu apabila Tuhan Yang Maha Esa memanggil kami. Jadi, sama-samalah kita beringat bahawa apa pun yang terjadi didalam kehidupan kita, gagal atau berjaya, ketawa atau menangis, menderita atau bahagia, jahat atau baik, susah atau senang, miskin atau kaya, pahit atau manis, kita mampu mengubahnya JIKA kita berusaha dengan gigih tanpa berputus asa untuk mengubahnya. Yang penting kita ada kemahuan dan keinginan untuk mengubah hidup ini agar menjadi lebih baik dan MANIS!

No comments:

Post a Comment