Wednesday, February 22, 2012
BERTINDAK AWAL SEBELUM TERLAMBAT
Senang saja bah kalau duduk dan tinggu2 saja. Tapi yg paling susah ialah berdiri dan bertindak untuk melakukan sesuatu tindakan yang perlu dibuat demi mengubah keadaan yang buruk menjadi baik, dan yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi sempurna. Inilah kebiasaan kita selaku manusia, kita lambat bertindak dan bila bertindak pun masalah sudah menjadi besar dan adakalanya terlambat ...sudah. Misalnya, tayar kereta mau botak sudah, tidak mau tukar. Dah kena saman polis, baru bertindak sudah kena denda besar atau dah mengalami kemalangan/aksiden gara-gara tayar botak baru mau tukar itu tayar. Cubalah awal-awal bertindak, tedalah masalah besar dan tak payah buang duit berlebihan. .Jadi, kalau adalah masalah kecil, baiklah ianya diselesaikan semasa ianya masi kecil lagi. Dan buatlah dengan segera. C pendek kata, kecil2 lagi itu masalah sudah diberi perhatian sepenuhnya dan seterusnya diselesaikan awal2 lagi. Dengan cara ini masalah yang lebih besar dan merugikan dapat dielakkan. Jangan sampai mengeluh dan berkata "Apa buleh buat, nasi sudah menjadi bubur." Jadi, bertindaklah sebelum terkena dan sebelum terlambat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment