Friday, July 15, 2011

PERTANDINGAN FOTO BELIA ORANG ASAL

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN :

1. Terbuka kepada semua Orang Asal Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah pada 31hb Julai 2011.

2. Penyertaan adalah percuma.

3. Foto yang disertai mestilah diambil dalam masa setahun sebelum 31hb Julai 2011.

4. Tema gambar ialah 'Hutan & Saya'.

5. Tiada had bagi jumlah penyerahan foto bagi setiap peserta.

6. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau filem (manual).

7. Karya foto mestilah berformat :

a. JPEG dengan saiz kurang dari 1MB ; atau
b. Foto bercetak 4R (4' x 6')

8. Penyertaan digital hendaklah diemel kepada : joas.foto.2011@gmail.com

9. Hanya 1 fail foto bagi setiap satu mesej emel dibenarkan. Jadi, jika anda mempunyai lebih daripada 1 foto untuk disertakan, bilangan emel perlu sama dengan bilanagn foto yang disertakan.

10. Foto bercetak hendaklah dikirim kepada ; JOAS, Lot 5, Tingkat 1, Blok M, Donggongon, 89500 Penampang, Sabah.

11. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah gambar asli yang diambil sendiri.

12. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.

13. Namun demikian, gambar yang dimanipulasi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

14. Peserta akan mempunyai hak milik ke atas foto pertandingan tetapi pihak JOAS berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.

15. Kriteria penghakiman :

a. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh JOAS.
b. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu kepada 'tema' dan 'kreativiti', bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional.
c. Namun demikian, kualiti foto juga akan diambil kira semasa pemberian markah.
d. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

16. Keterangan berikut mesti ditulis di belakang gambar atau dalam ruang mesej dalam penyerahan emel:

a. Nama penuh, alamat, nombor telefon, emel;
b. Tajuk gambar, tempat dan tarikh gambar diambil.

17. Semua penyertaan serta maklumat lengkap mestilah sampai ke pihak urusetia sebelum atau pada 31hb Julai 2011.

No comments:

Post a Comment