Thursday, July 7, 2011
THE FORGOTTEN MOLOINGS OF PENAMPANG
Daerah Penampang semakin pesat membangun dan golongan muda adalah nadi utama dalam perkembangan tahap sosial dan ekonomi daerah ini. Golongan muda tanpa mengira bangsa, agama ataupun tahap pendidikan dari daerah ini adalah aset utama dalam memastikan daerah Penampang sentiasa progresif; bersesuaian dengan cogankata ‘Penampang Leads, Others Watch’. Golongan muda daerah ini juga sentiasa ingin mempelajari dan menguasai penemuan-penemuan terbaru dalam bidang sains dan teknologi yang diadaptasi dalam kehidupan mereka seharian
Namun dalam keagresifan golongan muda daerah ini dalam memastikan peningkatan tahap sosial dan ekonomi daerah Penampang berterusan, Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) meminta agar golongan muda ini memberikan perhatian istimewa kepada golongan tua yang menjalankan perniagaan menjual tembakau di kaki-lima kedai-kedai di Bandar Donggongon. Golongan tua ini yang juga dikenali sebagai ‘Moloing’ dalam Bahasa Kadazandusun adalah satu identiti yang unik yang terdapat di Bandar Donggongon.
Co-Admins dan Penyelaras Bahagian Kebudayaan dan Kesihatan PYM4C, Encik Melvin J. Kinsuat dalam sesi kaji-selidik yang dijalankan olehnya mengenai golongan tua yang menjual tembakau ini (yang rata-ratanya berbangsa Kadazandusun) mendapati bahawa, terdapat beberapa perkara menarik yang diutarakan oleh golongan tua ini semasa sesi temuramahnya dengan mereka.
1. Kebanyakkan daripada peniaga-peniaga tembakau ini telahpun membuat perniagaan mereka di kaki-lima kedai-kedai ini lebih daripada 10 tahun tanpa sebarang bantuan ataupun kemudahan daripada mana-mana pihak ataupun agensi. Berbekalkan plastik, surat khabar lama dan dalam kedaifan yang amat menyedihkan, golongan tua ini dengan penuh kesabaran menyusun tembakau-tembakau dan daun-daun kirai yang hendak dijual walaupun mereka kadang-kala merasakan kesakitan dibahagian pinggang ketika berbongkok ataupun dibahagian lutut ketika duduk dikerusi kecil mereka.
2. Perniagaan menjual tembakau dan kirai yang mereka jalankan ini juga tidaklah mendatangkan hasil yang lumayan dimana pendapatan harian mereka selepas seharian menjaga produk-produk mereka hanyalah diantara RM5.00 hinggalah RM15.00. Dan sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka, mereka tidak akan tidak akan mendapat sebarang hasil jualan selama 3 hari berturut-turut. Dan oleh kerana golongan tua ini tidak mampu untuk mengangkut produk-produk jualan mereka ini berulang-alik dari rumah mereka, golongan tua ini terpaksa menyimpan tembakau-tembakau dan daun-daun kirai ini didalam stor-stor milik peniaga-peniaga kedai dan golongan tua ini juga dikehendaki untuk membayar RM20.00 sebulan sebagai sewa bulanan.
3. Dalam seharian golongan tua ini menjalankan perniagaan mereka, masalah yang paling memilukan yang biasanya dihadapi oleh golongan tua ini adalah masalah hujan lebat berserta angin yang kuat. Tempias dari hujan lebat yang dibawa oleh angin yang kuat ini akan merosakkan tembakau dan daun kirai yang dijual. Mereka hanya akan mampu untuk menutup produk-produk mereka ini dengan plastik namun disebabkan oleh pergerakkan golongan tua ini yang terbatas, mereka kadangkala tidak sempat menutup produk-produk mereka ini dan sebahagian besar daripada tembakau dan daun kirai ini akan rosak disebabkan oleh tempias dari hujan lebat.
PYM4C berpendapat bahawa golongan tua yang menjual tembakau dan daun kirai ini sebenarnya adalah satu identiti Bandar Donggongon yang unik dan seharusnya dilihat sebagai satu faktor penarik kepada orang luar untuk mengunjungi Bandar Donggongon. Dalam erti kata ini, kerajaan sepatutnya menyediakan satu kawasan yang lebih sesuai di Bandar Donggongon yang ‘mesra’ lepada golongan tua ini menjalankan hasil-hasil tembakau dan daun kirai mereka. Disamping itu, kawasan ini juga bolehlah dijadikan sebagai tempat untuk golongan-golongan tua yang lain bersantai dengan golongan-golongan muda.
Laporan : Melvin J Kinsuat
Co-Admins/ Penyelaras Bahg. Kebudayaan dan Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment