Klu diikutkan, Kg. Tampasak ne ndak wujud suda bha sejak 1995 atau lebih tepat sejak Empangan Babagon mula beroperasi. Kawasan kampung sekarang ne dinamakan 'Penempatan Semula Kg. Tampasak' atau ada yang menggelarkan ia sebagai 'Kg. Pemindahan'. Tapi, sejak beberapa tahun lepas, golongan muda atau belia mula menggunakan semula nama 'Kg. Tampasak' jika merujuk kepada kampung ini.
Pasal sejarah Kg. Tampasak, korang cari sendri la buku si Carol Yong Ooi Lin yang bertajuk 'FLOWED OVER', sana suma pasal Kg. Tampasak yang asal ada didokumentasikan. Disini sy mo crita atau share sikit-sikit keunikan orang-orang kampung ini. Kalu mo bilang bilangan belia kami ne ramai, ndak jugalah ramai. Tapi yang bakal membesar tu ramailah. Antara keunikan kampung ini yang kampung sekitar ndak dapat tanding ialah bilangan pasangan kembar dalam kampung ini ada 5 pasangan semuanya. Antaranya ialah Adrinna Alex & Adrianna Alex (22 tahun), Elvin Wed & Elvis Wed (14 tahun), Debbie Martin & Debra Martin (10 tahun), Lindsay Justin & Lyneth Ellaine (9 tahun) dan Lynery Johny &Lykery Johny (7 tahun). Ironinya, 3 pasangan perempuan dan 2 pasangan lelaki.
Keduanya, belia di kampung ne ada tanggungjawab penuh terhadap Taman Herba Nointus. Taman ini pernah mendapat dana melalui program SGF-PTF dari PACOS Trust melalui UNDP. Tapi pada 2009 dana ini telah dihentikan kerana Kg. Tampasak yang termasuk dalam kawasan Ulu Moyog telah dikeluarkan dari projek CBRNM atau Community Based Resources Nature Management. Kini, belia mengusahakan Taman Herba Nointus dengan duit poket sendri atas dasar 'rukut-rukut' dalam pembelian peralatan dan kelengkapan untuk aktiviti di THN. Ini dapat mengajar belia mengenai betapa pentingnya erti kerjasama dan bersatu-padu dalam menjaya sesuatu kerja.
Belia di Tampasak juga mengadakan XPDC Lagenda setiap tahun yang bertujuan untuk mengetahui tempat-tempat bersejarah di kawasan Kg. Tampasak yang asal. Selain itu, ianya bertujuan mengajar golongan muda mengenai ubat-ubatan tradisional atau herba yang boleh digunakan di sepanjang program. XPDC Lagenda diadakan setiap tahun dengan kerjasama dengan belia-belia dari kampung lain. Antara belia yang pernah bersama dalam menjayakan program ini ialah belia dari Timpango Babagon, Kiau Kundasang, Terian Penampang, Gana Kota Marudu dan Kipouvo Penampang.
Untuk pengetahuan, Tampasak Youth Club atau TAYOC diselia sepenuhnya belia yang berusia seawal 11 tahun hingga 26 tahun. Kekurangan pengalaman tetapi kekayaan kemahiran berjaya diseimbangkan dalam setiap aktiviti belia Kg. Tampasak Penampang.
No comments:
Post a Comment