Friday, June 17, 2011

APA ITU NATIONAL INQUIRY (NI) ?

NI merupakan satu mekanisme yang dijalankan untuk meneliti isu hak asasi manusia secara menyeluruh dan mencadangkan cara penyelesaian secara sistematik. Ianya menyiasat situasi dengan lebih luas berbanding aduan biasa dan menfokus untuk medapatkan fakta serta memainkan peranan untuk mendidik masyarakat mengenai hak asasi manusia. NI boleh mengeluarkan sepina terhadap mana-mana individu atau entiti yang terlibat untuk memberi testimoni atau mengemukakan dokumen semasa inkuiri dijalankan. Satu laporan menyeluruh yang dapat mengenalpasti isu-isu yang perlu diberi perhatian serta merekodkan hasil penyiasatan berdasarkan maklumat yang dikemukan semasa inkuiri termasuk syor-syor kepada pihak yang terlibat termasuklah kerajaan. Laporan ini akan dikemukan kepada parlimen dan kerajaan.

Secara kesimpulannya, NI ini diadakan bukan usaha untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi ia adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan cara yang terbaik.

No comments:

Post a Comment