Friday, February 11, 2011

PRODUK REVOLUSI BELIA 2011

Telur + Anak ayam = Revolusi Belia

Revolusi Belia yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dikalangan belia. Bakat lakonan, nyanyian, dan muzik menjadi konsep utama program ini diadakan.

Dari 65 orang peserta yang menyertai program ini, 95% bakat berjaya diketengahkan untuk diasah pada masa akan datang. Namun, dalam ramai-ramai peserta berbakat ini, tumpuan sya fokus kepada 2 protege iaitu Leonardo, 13 tahun dan Suzary, 16 tahun.

Leonardo berjaya mendapat tepukan gemuruh dan pujian daripada team juri dan rakan-rakan peserta lain semasa Talent-show. Lenggok suara yang merdu dan penjiwaan serta penghayatan yang baik serta kebolehan menari berjaya memukau seluruh audiens.

Suzary, kali pertama menyertai program KBP setelah didorong oleh rakan-rakan dan ibunya. Bermula sebagai peserta pemalu dan pendiam, beliau pantas menyesuaikan diri dengan rakan-rakan barunya. Mula 'beraksi' selepas sesi bible-sharing, beliau mula menonjolkan bakat yang ada iaitu menyanyi dan bermain alat muzik.

Walauapapun, harap-haraplah aktiviti ini berjaya mengubah sedikit sebanyak sikap belia kita. Bermula sebagai telur, menetas menjadi anak ayam dan akhirnya menjadi ayam yang berguna. Jangan jadi mak bapak ayam sudala..hahaha..Teruskan melayani wahai belia-belia..God bless all of us...

No comments:

Post a Comment