Pada 20 & 21hb Februari, 2010, tim induk 13 orang : Pipie, Rianz, Qumbil Sopock, YB Jinol, Yoyou, Gundul, Nonong, Mimie, Giller7, Beckham Bbran, Helena Ori, Donna dan Uncle Lukun telah menjalani rekoleksi buat kali pertama selepas KBP Zon 1 dibentuk melalui proses pemilihan pada bulan lepas. Sesi ini dikendalikan oleh Sr. Rita Serunai. Turut bersama dalam rekoleksi selama 2 hari 1 malam di Togudon Rest House ini ialah Team TPBP: Wendy, Shirley, Henry dan Julianus. Rekoleksi ini mendapat sokongan dari Pn. Chris dan tukang masak import, Via Tambalut.
Objektif rekoleksi ini ialah bagi memantapkan persediaan team induk dalam setiap aspek pelayanan dan menjalin hubungan yang baik diantara satu sama lain. Antara sesi yang diadakan ialah sesi mengenali diri dan peranan kepimpinan . Secara keseluruhannya, rekoleksi ini berjaya mencapai objektifnya. Krew- krew induk mula akrab dan selesa bergurau antara satu dengan yang lain. Semoga selepas ini tim induk akan lebih bersemangat dan bersedia bila keluar melayani di Zon 1 Babagon.
No comments:
Post a Comment