Friday, December 11, 2009

DEWAN Sts. PETER & PAUL YANG UZUR...

Sudah 15 tahun sejak ia dirasmikan pada tahun1994. Kini, dewan yang suatu ketika dulu gah dengan majlis-majlis perkhawinan, pertandingan ping pong, pertandingan badminton, parti-parti belia dan pelbagai acara lagi semakin uzur dan perlu pembaikan segara.
Selama ini saya hanya datang bermain badminton pada waktu malam. Namun, baru-baru ini, semasa persediaan penutupan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar, saya berpeluang untuk 'menjelajah' ke setiap sudut dalam dan luar dewan ini. Perasaan saya cukup sedih kerana 15 tahun dewan ini berdiri gah bersebelahan dengan gereja Sts. Peter & Paul, Babagon namun umat Kristian yang datang bersembayang hanya membutakan mata mereka bila melihat keadaan dewan ini.
Antara kerosakan yang berlaku ialah bumbung bocor, siling terkopek, pintu dirosakkan, tandas dirosakkan, dan pelbagai lagi masalah berkenaan dewan ini. Dengan pengalaman belajar dalam bidang kejuruteraan awam, saya boleh katakan struktur dewan ini tidak selamat terutamanya di bahagian dapur. Siling konkrit mula jatuh ke bawah. Keretakan di setiap tiang juga mula kelihatan. Malah di permukaan lantai dalam dewan juga mula retak.
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini? Adakah ianya tanggungjawab JKKK Babagon atau BCC Pastoral atau juga St. Michael Parish? Bila agaknya langkah untuk menyelamatkan dewan ini akan dilakukan? Adakah perlu menunggu sehingga keadaan dewan menjadi kritikal? Atau kita teruskan dengan sikap orang Dusun, 'man nopo bo...' atau 'kita tinguk dan tunggu dulu ba'? Kepada generasi muda, sama-sama kita fikirkan kerana dewan ini akan menjadi masalah untuk kita di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment