Monday, August 24, 2009

Kasih Sayang Antara Sahabat...


Pada 09 Ogos 2009 yang lepas, salah seorang kawan dari Moyog telah kehilangan rumah yang musnah sama sekali dalam satu kebakaran. Elizabeth Peter, Komiti KBP Zon13 Moyog bersama-sama dengan 150 belia lain di Kg. Timpoluon untuk menyertai Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar 2009 kali ke-2 apabila menerima berita buruk mengenai kediaman keluarganya. Beliau telah dihantar pulang dengan ditemani oleh rakan-rakan KBP Induk Zon1 Babagon.

Satu kutipan derma kilat telah diadakan di Kg. Timpoluon dimana rakan-rakan seperjuangan masih meneruskan program dengan keadaan yang sedih dengan kejadian tersebut. Syukur Tuhan, tiada kemalangan jiwa walaupun ketika kejadian berlaku, seorang nenek berusia 80 tahun dan 3 budak berusia lingkungan 3-11 tahun berada di dalam rumah tersebut.

Rombongan KBP Induk Zon1 Babagon diketuai oleh Pn. Christina David dengan diiringi 20 ahli KBP Zon1 Babagon datang melawat keluarga Elizabeth lewat petang setelah program di Kg. Timpoluon tamat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Pelaksana Kg. Timpoluon, Sonny Ryan.
" Saya tidak sangka kamu akan datang disini. Terima kasih diatas sumbagan kamu. Semoga Tuhan memberkati kita semua", ujar Elizabeth sewaktu menerima sumbangan. Lebih mengharukan, kejadian berlaku semasa sambutan Tadau Tamabalut. Suatu bukti cinta kasih yang mendalam sesama sahabat dan sesama umat-Nya...

...a big hug from true friend...Roy & Elizabeth, Atama's just wacthing dengan terharu...he,

1 comment:

  1. Praise the Lord!
    - The love and the joy given by the God must be shared among us (the sinners and the imperfect person)
    - Gillie, tell them that Im so proud to see a lot of improvement in our community. May we grow stronger in faith to God. Amen!

    ReplyDelete