Thursday, July 30, 2009
Keruntuhan moral generasi muda kini..
Kita sering mendengar cerita mengenai kes pembuangan bayi di taman, parit,depan rumah orang dan pelbagai tempat lagi. Lebih teruk ada yang baru lahir dengan tali pusat sudah dibuang tanpa belas kasihan. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan seekor anjing yang telah mendedahkan dosa manusia dengan mengheret mayat bayi yang baru lahir dari longkang. Tidakkah pemilik bayi tersebut ini berasa bersalah? Generasi muda kini semakin kehadapan, hubungan percintaan kini disulami dengan perbuatan terkutuk iaitu hubungan seks luar nikah. Mengapa harus melakukan semua ini jika tidak berdaya menanggung beban tersebut? Jangan cuma tahu melakukan tapi tidak berani menanggungnya. Akibatnya bayi yang baru lahir tidak dapat menikmati kehidupan normal. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan? Siapa yang perlu dipersalahkan? Sama-sama kita renungkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment