Wednesday, July 22, 2009

Kempen Bumi Hijau




Ulu Moyog: Program Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar anjuran bersama KBP Zon 1 Babagon, KBP Zon 13 Moyog, PACOS Trust, Majlis Daerah Penampang dan Jabatan Pertanian Daerah Penampang telah dilancarkan pada 18 Julai 2009 bertempat di Dewan Gawir,Kg. Madsiang. Program dilancarkan oleh Rektor Parish St. Michael, Rev. Fr. Alex Sipanul.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Kesedaran Alam Sekitar oleh Sister Rita. Seramai 180 orang belia dari 11 buah kampung datang ke pelancaran program yang diadakan di Kg. Madsiang. Selain itu,penentangan terhadap penggunaan plastik juga diisytiharkan dimana peserta menghasilkan bola plastik sebagai tanda protes terhadap penggunaann plastik.
Pembentangan mengenai perbezaan alam sekitar dahulu dan kini juga dilakukan. Selain itu, antara aktiviti menarik ialah perlawanan bolasepak persahabatan, praise & worship songs dan gotong-royong. Klimaks kepada program ini adalah penanaman 15 pokok kayu asli sebagai sahutan seruan Bersihkan Bumi, Pulihkan Bumi, Hijaukan Bumi. Program seterusnya akan dijalankan di Kg. Timpoluon pada 02 Ogos 2009. Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan, marilah kita beramai-ramai datang menyokong kempen ini untuk menjaga alam sekitar kita agar generasi akan datang bdapat menikmati nikmat seperti mana kita kecapi masa kini..

No comments:

Post a Comment